ARTIKEL

NAZREY tampil lagu nasyid asli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEKAS vokalis kumpulan Raihan, Nazrey Johani Abdullah, 51, muncul berkolaborasi bersama-sama kumpulan nasyid Zawfan menerusi lagu Bismillahir Rahmanir Rahim.

Dia berasa teruja kerana diberi peluang memperjuangkan muzik nasyid menggunakan instrumen gendang atau kompang.

“Saya sangat terharu dapat mengembalikan semula nasyid gendang yang sederhana kerana setelah 20 tahun lebih tiada lagu seperti ini,” katanya memetik media tempatan.

Nazrey menegaskan dia tidak menolak pembaharuan dan kemodenan industri muzik, tetapi hanya ingin mengubat kerinduan muzik nasyid asli.

“Kami ingin mewujudkan kembali muzik asli dalam industri kerana kami percaya lagu nasyid seperti ini dapat menarik lebih ramai peminat,” tambahnya lagi.

Dia turut meluahkan kegembiraannya terhadap Zawfan dan bersyukur kerana masih ada yang berminat memperjuangkan muzik seperti ini.

Bismillahir Rahmanir Rahim merupakan single kedua kumpulan nasyid Zawfan yang menggabungkan gubahan, susunan dan alunan vokal membolehkan pendengar menggamit nostalgia nasyid asli era 90-an.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.