ARTIKEL

Kredit FB Negeri Sembilan Football Club

Negeri Sembilan FC tekad tebus kekalahan di Petaling Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC masih mempunyai peluang 90 minit lagi untuk menebus kekurangan pada aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 14 Feb ini.

Ketua jurulatihnya, Mohd Nidzam Jamil berkata meskipun jaringan tunggal pasukan lawan menerusi sepakan penalti sukar diterima, beliau yakin pasukannya masih berpeluang mengubah keputusan dalam pertemuan seterusnya.

“Pasukan sudah bolos pada minit akhir sebanyak tiga kali di sini. Kita perlu kekal positif dan melihat 90 minit perlawanan timbal balik itu sebagai peluang untuk menebus apa yang hilang pada pertemuan pertama.

“Untuk perlawanan seterusnya, kita perlu menjaringkan lebih daripada dua gol. Kita mesti yakin peluang itu masih ada. Jika 90 minit itu dianggap tiada, kita bukan pasukan berjiwa besar,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Pada aksi pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi, Selangor FC membawa pulang bekalan satu gol yang diperoleh menerusi sepakan penalti Chrigor Moraes pada minit akhir perlawanan selepas beliau dijatuhkan oleh Muhammad Harith Samsuri.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Selangor, Kim Pan Gon menyifatkan kemenangan anak buahnya didorong ketahanan serta keadaan mental yang kukuh.

Beliau berkata pendekatan taktikal pasukan adalah dengan menumpukan usaha mencipta peluang sejak awal perlawanan serta mengekalkan kawalan sepanjang 90 minit.

“Saya bangga dengan prestasi pemain Selangor. Perlawanan hari ini mencabar, tetapi mereka menunjukkan prestasi yang baik. Kami sedang membangunkan gaya permainan Selangor yang tersendiri dan saya rasa perlawanan ini sangat mencabar.

“Kita perlu buat persiapan rapi untuk perlawanan timbal balik di laman sendiri. Satu gol tidak mencukupi,” katanya.

Pan Gon yang turut menerima kad kuning susulan membantah keputusan pengadil membatalkan gol Moraes pada minit ke-76 selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) malam tadi, turut memohon maaf atas kesilapannya itu.–BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU