ARTIKEL

Azizul merakam kenangan bersama penerima selepas majlis itu. | FOTO: UKAS

Nelayan Tanjong Datu terima bantuan jaring dan pukat tangsi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Seramai 619 nelayan dari 33 kampung di kawasan Tanjong Datu menerima 6,060 unit peralatan perikanan bagi menyokong aktiviti menangkap ikan serta memperkukuh keupayaan ekonomi komuniti nelayan setempat.

Majlis Penyerahan Projek Pembekalan Peralatan Nelayan dan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 6 itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, di sini, semalam.

Bantuan meliputi zon Lundu, Sampadi dan Sematan itu merangkumi empat jenis peralatan, iaitu jaring tiga lapis belum siap, jaring tiga lapis siap serta dua jenis pukat tangsi yang diagihkan mengikut kategori penerima.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,366 unit jaring tiga lapis belum siap disalurkan kepada 169 penerima, manakala 2,282 unit jaring tiga lapis siap diberikan kepada 326 penerima.

Sebanyak 1,232 unit pukat tangsi bersaiz 0.30 x 2 inci pula diagihkan kepada 112 penerima, sementara 80 unit pukat tangsi bersaiz 0.40 x 4 inci disalurkan kepada 12 penerima.

Pembekalan itu bertujuan membantu nelayan mendapatkan kelengkapan untuk menjalankan aktiviti perikanan, di samping mengurangkan beban kos penyediaan peralatan dan menyokong usaha meningkatkan hasil tangkapan.

Dalam majlis yang sama, sebanyak 14 persatuan, jawatankuasa dan rumah ibadat menerima geran MRP Fasa 6 berjumlah RM33,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan, program kebajikan serta penambahbaikan kemudahan setempat.

Kedua-dua inisiatif itu melengkapi usaha menyokong keperluan ekonomi nelayan dan memperkukuh peranan organisasi komuniti dalam melaksanakan aktiviti di peringkat akar umbi.

BERITA LAIN

Konsert Sound of Borneo wajar jadi acara tahunan

KUCHING: Keunikan gabungan alat muzik tradisional pelbagai etnik dengan sentuhan irama moden dan progresif menerusi Konsert Sound of Borneo 2026 membuktikan kekayaan warisan muzik Sarawak

BERITA TERBARU

Konsert Sound of Borneo wajar jadi acara tahunan

KUCHING: Keunikan gabungan alat muzik tradisional pelbagai etnik dengan sentuhan irama moden dan progresif menerusi Konsert Sound of Borneo 2026 membuktikan kekayaan warisan muzik Sarawak