ARTIKEL

Nelayan tradisional, Kelas A, B dan C boleh teruskan tangkapan ikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Aktiviti tangkapan ikan di laut oleh vesel nelayan tradisional, Kelas A, B dan C boleh diteruskan dalam memastikan bekalan ikan negara mencukupi untuk kegunaan rakyat.

Namun, golongan terbabit harus mengikuti segala garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa, demikian kata Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) Setia Agensi Penguatkuasaan MARITIM Malaysia (APMM) Zon Bintulu, Leftenan Komander Maritim Mohamad Raimi Mohamad Nor.

Selain itu, katanya, mereka(nelayan) disarankan untuk mengamalkan langkah menjaga kebersihan diri yang betul sepertimana yang disarankan Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM).

Sebarang aktiviti rekreasi seperti di pesisir pantai dan aktiviti rekreasi di laut seperti memancing juga tidak dibenarkan, katanya kepada media usai Operasi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) COVID-19 APMM dan Pasukan Polis Marin(PPM) Bersama Media di jeti PPM Kampung Jepak, di sini.

Mohamad Raimi menyampaikan taklimat ringkas Operasi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) COVID-19 APMM dan Pasukan Polis Marin(PPM).

Raimi turut menasihati orang awam terutama golongan nelayan yang berada di  laut sepanjang tempoh PKP, menghubungi Maritim Malaysia Zon Bintulu jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau kejadian kecemasan di laut dengan menghubungi talian 999 atau Pusat Operasi  Maritim Negeri Sarawak di talian 086-314 254 beroperasi 24 jam.

Pada masa yang sama, beliau turut mengajak seluruh rakyat Malaysia membantu pihak kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Sudah tiba masanya kita menunjukkan sifat patriotik dengan berganding bahu bersama-sama mengikuti serta mematuhi saranan dan arahan pihak kerajaan dengan sentiasa berada di rumah masing-masing jika tiada keperluan untuk keluar dari rumah.

Please, Stay At Home, We Stay At Work For You, tambahnya lagi.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha