ARTIKEL

RAKAMAN KENANGAN… Abdul Hamed merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat yang lain semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) NAIM 2024 serta pelancaran program “Nfinity Loyalty” di Sapphire On The Park, di sini, hari ini. | Foto oleh Mohd Alif Noni

“Nfinity Loyalty” janjikan pelbagai tawaran istimewa kepada pemilik rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program “Nfinity Loyalty” menjanjikan pelbagai tawaran istimewa kepada pemilik rumah di bawah NAIM Properties yang memainkan peranan dalam mengembangkan komuniti syarikat tersebut.

Pengerusi NAIM Holdings Berhad Datuk Amar Abdul Hamed Sapawi berkata, ia penting dalam usaha pihaknya untuk mewujudkan kejiranan yang meriah dan inklusif. 

Katanya, program itu turut menjanjikan insentif yang hebat apabila pemilik atau bakal pemilik rumah mengesyorkan kepada individu lain untuk mendapatkan rumah idaman dengan NAIM Properties.

“Di bawah program ini pemilik rumah yang sedia ada akan diberi ganjaran di atas peranan mereka dalam mengembangkan komuniti NAIM.

“Manakala, mereka yang bakal memiliki rumah juga akan menikmati faedah yang sama melalui Program Rujukan (Referral Programme),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) NAIM 2024 serta pelancaran program “Nfinity Loyalty” di Sapphire On The Park, di sini, hari ini.

Tambahnya, program berkenaan telah diilhamkan daripada 17,000 pelanggan NAIM yang sedia ada sekali gus untuk menghargai mereka.

Hadir sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Datuk Ir Lo Khere Chiang, Pengarah Urusan NAIM Holdings Berhad Datuk Hasmi Hasnan dan tetamu kehormat yang lain.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Naim Properties orang ramai boleh melayari laman sesawang di pautan www.naimproperties.com.my dan laman sosial Facebook, Instagram dan TikTok.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi