ARTIKEL

Nico meninggal dunia ketika tidur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

INDUSTRI muzik tanah air sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan seorang bakat besar apabila penyanyi rap, Nico, atau nama sebenar Abdul Fashah Abdul Aziz, menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat lalu.

Berita sedih ini dikongsi oleh bekas pengurus Kumpulan Nico, Ayob Abd Majid, yang mendedahkan bahawa arwah singgah di rumah rakannya di Kampung Baru.

“Arwah memang sering singgah ke rumah kawannya di Kampung Baru walaupun dia tinggal di Cheras. “Ketika rakan arwah cuba mengejutkan dia, arwah sudah tidak bergerak,” katanya memetik laporan berita tempatan.

Nico merupakan bekas ahli Kumpulan Nico yang turut dianggotai oleh Affa dan Dino.

Kumpulan ini antara yang pertama mempopularkan genre rap di Malaysia dan berjaya menghasilkan tiga album terkenal, termasuk lagu seperti Nasibku, Alamak, dan Untukmu Sayang, yang masih menjadi kenangan manis dalam hati peminat muzik tanah air.

Pemergian Nico pastinya meninggalkan kekosongan yang besar dalam dunia muzik tempatan, namun bakat dan legasinya akan terus dikenang.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU