PELAKON muda, Fattah Syach dan pasangannya dalam sinetron Asmara Gen Z, Nicole Rossi, melakar satu pencapaian baharu apabila nama mereka berjaya tersenarai sebagai calon Infotainment Awards 2025.
Kejayaan ini hadir selepas lakonan mantap mereka dalam drama popular tersebut berjaya mencuri perhatian penonton.
Kedua-duanya meluahkan rasa syukur kerana, buat pertama kalinya, terpilih untuk bersaing dalam salah satu acara penghargaan hiburan berprestij di Indonesia itu.
Menurutnya, dia tercalon dalam kategori Male Character dan Charming, manakala Nicole Rossi pula dalam kategori Best Female Character dan Best Female Charming.
Nicole turut menzahirkan rasa syukur dengan peluang tersebut.
Baginya, berada dalam senarai pencalonan sahaja sudah cukup bermakna.
Dalam sesi temu bual, Nicole sempat terhenti seketika ketika ditanya mengenai kategori yang disertainya, namun Fattah dengan pantas membantu melengkapkan jawapannya.
Situasi itu sekali gus menyerlahkan keserasian mereka berdua.
Tidak melupakan peminat, Fattah dan Nicole mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan padu yang diberikan, termasuk undian yang menjadi penentu kemenangan.
Tambahnya lagi, kegembiraan itu bukan sahaja kerana dirinya tercalon, tetapi juga kerana ramai rakan artis lain turut serta dalam pelbagai kategori, menjadikan acara penghargaan ini sebagai medan pertemuan dan silaturahim.






