Di saat kos sara hidup menjadi perhatian utama, pendekatan perbelanjaan yang lebih cermat merupakan amalan pengurusan kewangan yang lebih bijak. Memahami situasi ini dan demi mengurangkan beban penumpang, Grab Malaysia menawarkan pilihan perjalanan bertambang rendah yang tidak menjejaskan keselesaan.
Pengguna Sabah dan Sarawak di kawasan tertentu sebenarnya dapat menikmati perkhidmatan e-hailing Grab dengan tambang yang lebih mampu bagi pelbagai keperluan harian, sama ada untuk ke tempat kerja, belajar, urusan tertentu, ataupun kunjungan sosial.
Pilihan lebih jimat tanpa tawar-menawar
GrabCar Saver memberikan nilai terbaik kepada pengguna dari segi penjimatan kos perjalanan dengan standard yang sama tanpa tawar-menawar. Pilihan ini membolehkan penumpang menikmati diskaun sehingga 20% bagi mereka yang ingin menikmati penjimatan semasa waktu bukan puncak dari 9 pagi hingga 4 petang, dari Isnin hingga Jumaat. Perkhidmatan ini sesuai untuk mereka yang sudi menunggu sedikit lebih lama untuk mendapatkan pengesahan pemandu bagi penjimatan yang lebih berbaloi ini.
Konsep ini cukup mudah dan ringkas kerana anda hanya perlu memilih “GrabCar Saver” ketika membuat tempahan Grab. Lebih murah berbanding pilihan lain yang mengenakan tambang standard dan premium seperti JustGrab, GrabCar Plus, dan GrabCar 6-Seater, GrabCar Saver memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk merancang perjalanan dan perbelanjaan dengan lebih hemat secara awal.
Proses tempahan dan segala maklumat yang berkenaan turut dipaparkan secara jelas dan telus dalam aplikasi Grab agar pengguna dapat menjejaki perjalanan mereka secara terperinci termasuk lokasi semasa, anggaran masa ketibaan, berkongsi butiran perjalanan, dan semakan sejarah perjalanan.
Sesuai untuk golongan berhemat
GrabCar Saver amat sesuai untuk pengguna yang mengutamakan penjimatan dan “value for money” – iaitu mengoptimakan nilai perbelanjaan setiap perjalanan dengan kemudahan di hujung jari.
Dengan kata lain, GrabCar Saver merupakan satu pilihan yang bijak terutamanya bagi mereka yang memerlukan perjalanan harian berulang-alik dengan jadual di luar masa kemuncak. Ini termasuk pelajar universiti, pekerja dengan jadual fleksibel, individu dengan perjalanan rawak, dan sesiapa sahaja yang bergantung kepada perkhidmatan e-hailing. Jadi, bagi pengguna yang tidak tergesa-gesa, GrabCar Saver menawarkan harga tambang yang lebih mesra poket untuk membantu mengurangkan perbelanjaan keseluruhan.
Pilihan ini juga boleh dinikmati tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan Grab yang mengutamakan keselamatan dan etika profesional. Kelebihan ini menjadikan GrabCar Saver satu pilihan yang praktikal untuk memenuhi keperluan mobiliti harian dan penjimatan pada masa yang sama.
Memacu peluang pendapatan rakan pemandu
Kelebihan GrabCar Saver tidak hanya terbatas pada penjimatan penumpang, malah ia memperluaskan peluang penjanaan pendapatan untuk masyarakat setempat. Tambang yang kompetitif akan menyumbang kepada peningkatan permintaan dari segi tempahan perkhidmatan. Ini bermakna peluang mencari rezeki utama atau sampingan bagi rakan pemandu turut bertambah.
Grab mengalu-alukan lebih ramai individu untuk menyertai platform e-hailing ini bagi memanfaatkan potensi ekonomi yang tersedia ada. Peluang ini terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk OKU, wanita dan sabagainya. Rakan pemandu Grab diberi fleksibiliti menawarkan perkhidmatan mereka mengikut jadual sendiri yang bersesuaian dengan komitmen harian mereka.
Ini bermakna mereka mempunyai kebebasan untuk menentukan sendiri jadual kerja mereka, sama ada pada waktu siang, malam atau hujung minggu – sebagai pemandu sepenuh masa atau separuh masa.
Syarat penyertaan yang mudah dan faedah eksklusif
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai rangkaian rakan pemandu Grab, syarat yang dikenakan adalah mudah, jelas dan telus. Syarat asas kelayakan adalah warganegara Malaysia berusia 21 hingga 69 tahun yang memiliki kenderaan berusia kurang daripada 15 tahun.
Walaupun lesen PSV (Public Service Vehicle) merupakan keperluan wajib, Grab mengambil inisiatif menaja kos pemerolehan lesen tersebut sepenuhnya, sekali gus mengurangkan beban permulaan bagi mereka yang ingin menyertai platform ini.
Faedah eksklusif lain termasuk seperti subsidi kos pendaftaran ahli dan penyelenggaraan kenderaan, baucar petrol, rebat beli atau tukar beli kenderaan, rebat premium insurans serta insentif prestasi. Skim sewa kereta turut disediakan untuk mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Proses pendaftaran ringkas dalam tiga langkah
Demi memudahkan proses pendaftaran, anda hanya perlu mengikuti tiga langkah utama berikut:
Pertama, daftar secara dalam talian melalui pautan rasmi Grab di https://grb.to/sertaipemandugrab
Kedua, lengkapkan modul latihan di GrabAcademy untuk memastikan anda mempunyai pemahaman mencukupi mengenai standard perkhidmatan Grab.
Ketiga, setelah selesainya kedua-dua langkah tersebut, pemohon hanya perlu menunggu pengaktifan akaun sebelum menerima tempahan dan menjana pendapatan seterusnya.
Membina ekosistem mobiliti yang mampan
GrabCar Saver bukan sekadar menawarkan tambang murah, ia turut memainkan peranan penting untuk merancakkan ekonomi mobiliti di Sabah dan Sarawak. Dengan harga yang lebih mampu, akses terhadap perkhidmatan e-hailing akan terbuka luas, sekali gus merangsang permintaan pasaran.
Peningkatan permintaan ini secara langsung membuka peluang pendapatan yang lebih konsisten untuk rakan pemandu. Hasilnya, terciptalah satu kitaran positif yang menyeimbangkan penawaran dan permintaan, memastikan pertumbuhan perkhidmatan e-hailing yang mampan dan memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan.
Pilihan inklusif untuk penumpang dan rakan pemandu
Secara keseluruhannya, GrabCar Saver menawarkan satu solusi mobiliti yang praktikal dan relevan dengan keperluan semasa. Dengan tambang tetap yang rendah, penjimatan sehingga 20 peratus serta pengalaman tempahan yang mudah, perkhidmatan ini memberi nilai tambah kepada pengguna di Sabah dan Sarawak.
Bagi mereka yang ingin mancari pendapatan tetap atau sampingan, rebutlah peluang ini untuk menjadi rakan pemandu Grab sambil menikmati jadual kerja yang fleksibel mengikut keselesaan masing-masing.
Maklumat lanjut berkenaan GrabCar Saver boleh dirujuk di sini:
https://www.grab.com/my/grabcarsaver/



