ARTIKEL

Awang Tengah menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Program Jelajah Usahawan Brunei-Sarawak di sini, malam tadi. GAMBAR: UKAS

Nilai perdagangan Sarawak-Brunei cecah RM1.8 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Nilai perdagangan antara Sarawak dan Brunei yang melebihi RM1.8 bilion mencerminkan potensi besar untuk memperkukuh kerjasama rentas sempadan dalam pelbagai bidang strategik.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerjasama itu merangkumi sektor pengangkutan, pelabuhan, bekalan elektrik, internet berkelajuan tinggi menerusi rangkaian gentian optik dan pelancongan.

Awang Tengah bersama yang lain merakam gambar kenangan pada Majlis Makan Malam Program Jelajah Usahawan Brunei-Sarawak di sini, malam tadi. GAMBAR: UKAS

Katanya, kerjasama dalam bidang pendidikan dan pembangunan bakat juga penting bagi menyokong pertumbuhan ekonomi serantau.

“Hubungan erat yang terjalin sekian lama antara Sarawak dan Brunei, meliputi kerjasama kerajaan dengan kerajaan (G2G), hubungan rakyat serta perdagangan, perlu terus diperkasakan demi manfaat bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Program Jelajah Usahawan Brunei-Sarawak di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Sarawak, Brunei dan Sabah juga akan terus memperkukuh kerjasama dalam mempromosikan Borneo sebagai destinasi pelancongan bersama, termasuk memanfaatkan rangkaian penerbangan AirBorneo bagi meningkatkan hubungan pelancongan dan perdagangan.

Pada masa sama, katanya, pembangunan modal insan kekal menjadi agenda utama Kerajaan Sarawak menerusi penghasilan tenaga kerja berkemahiran dalam bidang kecerdasan buatan (AI), inovasi, kreativiti dan teknologi, selain memperkasa pengeluaran produk tempatan yang memenuhi piawaian antarabangsa dan mengamalkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Beliau turut memaklumkan Sarawak akan menjadi tuan rumah Borneo International Halal Showcase (BIHAS) sebagai platform memperkukuh kerjasama industri halal dan perdagangan serantau, selain terus memperkasa kerjasama menerusi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan jawatankuasa bersama Sarawak-Brunei bagi memudah cara pelaburan dan perdagangan.

Sementara itu, Pengerusi BIMP-EAGA Brunei, Pengiran Dr Haris Pengiran Durahman berkata, Program Jelajah Usahawan Brunei-Sarawak menjadi platform strategik kepada usahawan dan agensi dari kedua-dua wilayah untuk memperluas jaringan perniagaan, bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama baharu, khususnya dalam pembangunan industri halal.

Menurutnya, kerjasama itu mampu menggabungkan kelebihan Sarawak dari segi sumber dan kapasiti pengeluaran dengan kekuatan Brunei dalam pemprosesan, pensijilan halal dan pemasaran bagi memperkukuh industri halal serantau.

Awang Tengah meninjau pameran yang terdapat pada Majlis Makan Malam Program Jelajah Usahawan Brunei-Sarawak di sini, malam tadi. GAMBAR: UKAS

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali