ARTIKEL

Premesh ketika menyampaikan ceramah sempena Persidangan Media Sarawak 2026 di Hotel Pullman, di sini, hari ini. |Foto Mohd Alif Noni

Nilai Wartawan Terletak Pada Integriti, Bukan Populariti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Wartawan harus miliki nilai rasa ingin tahu, siasat dan teliti fakta yang tepat bagi setiap perkara sebelum dijadikan bahan berita, kata Timbalan Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMM) yang juga Pengasas Bersama Malaysiakini Premesh Chandran.

Tegasnya, ia penting bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.

“Peranan wartawan ialah menyiasat sesuatu fakta berita sebelum ia ditulis dan disiarkan kepada orang awam berdasarkan bukti yang kukuh serta mengutamakan kepentingan awam.

“Dan tugas wartawan bukan sekadar melaporkan maklumat yang tular di media atau media sosial, sebaliknya meneliti, mengesahkan dan menyiasat setiap fakta sebelum diterbitkan.

“Nilai seorang wartawan tidak terletak pada populariti, sebaliknya pada tahap integriti, ketelitian, profesionalisme dan tanggungjawab dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Tadbir Urus Media: Keseimbangan Kebebasan, Tanggungjawab dan Kandungan Awam’ sempena Persidangan Media Sarawak 2026 di Hotel Pullman, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Premesh memberitahu kebebasan media merupakan elemen penting dalam sesebuah negara demokrasi kerana ia berperanan memastikan semak dan imbang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Mengulas perkembangan teknologi, beliau berkata penggunaan kecerdasan buatan (AI) mampu membantu wartawan dalam mengumpulkan, menyusun dan menganalisis maklumat dengan lebih pantas.

Bagaimanapun, katanya, AI tidak boleh menggantikan pertimbangan profesional, etika dan penghakiman manusia dalam proses kewartawanan.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar terus menyokong kewartawanan yang berintegriti serta mempertahankan kebebasan media demi memastikan penyampaian maklumat yang tepat, adil dan bertanggungjawab kepada masyarakat.

Beliau turut berharap generasi baharu wartawan akan terus memperkukuh profesionalisme, mengamalkan etika kewartawanan yang tinggi dan sentiasa berpegang kepada prinsip kebenaran dalam melaksanakan tugas.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU