Nona dari Niah jadi tumpuan

MIRI: Custard Apple atau buah Nona menjadi tumpuan kerana ia dianggap luar biasa oleh pengunjung.

Penyelia Fruit Valley, Rachel Puyang menyatakan bahawa buah nona tersebut banyak didapati di kawasan Batu Niah.

“Kawasan tersebut merupakan tumpuan utama pengeluaran buah nona dan buah ini tidak banyak di kawasan lain di sini.

“Rupa dan rasanya agak berbeza dari buah yang lain kerana isi buah ini seperti gabungan tarap dengan durian belanda,” katanya.

SEMANIS BUAHNYA…Raechel Puyong menunjuk buah Custared Apple di Karnival Jualan Terus Dari Ladang anjuran FAMA di Bintang Mall, Miri semalam.

Rachel berkata demikian ketika ditemui di Karnival Jualan Terus Dari Ladang (JDTL) & Industri Asas Tani di Bintang Megamall Miri.

Tambahnya, pihak Fruit Valley terkenal sebagai pembekal limau madu, durian dan sebagainya ke Kuching dan kawasan-kawasan lain.

“Jika kami berpeluang memasarkan buah nona ini ke tahap yang lebih luas lagi, kami akan lakukannya.

“Ini kerana ramai pelanggan yang datang menyatakan buah ini luar biasa dan mereka menyatakan tidak pernah melihat buah tersebut,” jelasnya.

Sebagai wakil Fruit Valley Rachel menyatakan terdapat perancangan pada masa depan untuk menghasilkan jem dan jus daripada buah tersebut.

“Ia kerana pihak kami sudah sinonim dengan pengeluaran produk berasaskan buah seperti itu,” katanya.