ARTIKEL

Nooa Laine | BERNAMA

Nooa Laine sedia rebut tempat menentang Oman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Pemain kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine, bertekad untuk menawan hati ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, sekiranya dipilih antara 25 pemain bagi mengharungi saingan Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman.

Menurutnya, beliau sedar akan persaingan sengit dalam kalangan 33 pemain yang dipanggil pengendali Korea Selatan itu untuk menyertai kem latihan pusat baru-baru ini namun sedia memberikan yang terbaik jika diberi peluang untuk menggalas cabaran negara kali ini.

Penyerang Selangor FC bagi musim 2024/2025 itu kali terakhir dipanggil menyertai skuad senior semasa aksi kelayakan sama menentang Kyrgyzstan dan juga Taiwan pada tahun lepas.

“Penting bagi diri saya untuk merebut tempat dalam barisan pemain senior.

“Saya sudah biasa dengan pertandingan ini.

“Pasti ada pemain yang sudah lama bersama skuad negara tetapi apabila diberi peluang, saya akan memberikan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di sini, hari ini.

Malaysia, yang berada di ranking ke-132 dunia, dijadual menentang Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat pada 21 Mac (22 Mac, 2 pagi waktu Malaysia) sebelum melayani kunjungan pasukan ranking ke-80 dunia itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 26 Mac. – BERNAMA

BERITA LAIN

Samarahan mara ke final

PIALA PREMIER 2026 BINTULU: Samarahan mengesahkan tempat ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu dengan agregat 4-2. Finalis musim lalu itu

BERITA TERBARU

Samarahan mara ke final

PIALA PREMIER 2026 BINTULU: Samarahan mengesahkan tempat ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu dengan agregat 4-2. Finalis musim lalu itu