ARTIKEL

Novel Melayu pertama di dunia bakal dicalonkan sebagai salah satu Memori Dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Novel “Hikayat Panglima Nikosa Mendapat Kesusahan Waktu Perang Hingga Mendapat Kesenangan” bakal dicalonkan sebagai salah satu Memori Dunia di dalam daftar Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, karya tersebut juga merupakan novel Melayu pertama di dunia yang telah berjaya diterbitkan oleh Melayu Sarawak sejak 1876.

Menurutnya, naskah asal novel tersebut juga telah dikesan di sebuah perpustakaan Rhodes House of Library di London.

“Sehingga kini, penerbitan, kajian dan beberapa usaha dokumentasi sedang giat dilaksanakan untuk tujuan melonjakkan naskah ini sebagai salah satu pencalonan dalam Memori Dunia tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis SAMARindok Aidilfitri Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) 1444H/2023 di Hotel Pullman, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Awang Tengah menambah AKYBMS telah bekerjasama dengan TVS dan syarikat swasta untuk menerbitkan sebuah dokumentari berjudul ‘Negeri Yang Hilang’.  

“Penyelidikan ini juga telah berjaya memperkenalkan tokoh Melayu terdahulu yang mendirikan negeri dan melahirkan pemimpin termasuk Raja Negeri Santubong, Datu Marapati yang menurunkan pemimpin seperti Datu Patinggi Abang Ali sebelum dan semasa zaman Brooke; Datu Patinggi Abang Abdillah; Tun Abang Openg sehingga kini iaitu Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Mereka ini telah mewarisi ciri-ciri kepimpinan yang ulung untuk diangkat menjadi pemimpin masyarakat Melayu dan negeri Sarawak.

“Dari sisi sejarah, perkara ini menunjukkan nilai ketamadunan yang diwarisi ribuan tahun dan telah berjaya digali nilai sejarahnya agar memberikan impak yang bermanfaat kepada warga Sarawak keseluruhan,” ujarnya yang juga Pengerusi Lembaga Amanah AKYBMS.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

RUAI

SUKAN