ARTIKEL

Foto: Len Talif Salleh meluangkan masa berkunjung ke reruai pameran sempena Seminar Pemerkasaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Dalam Penjagaan Alam Sekitar Ke Arah Pembangunan Mampan di Kompleks Industri Perabot Pusaka Tanjung Manis (KIPPTM).

NREB Tegas Pastikan Alam Sekitar Sarawak Kekal Lestari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak terus memperketat pematuhan ke atas keperluan alam sekitar bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini tidak menjejaskan kelestarian alam semula jadi.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, setiap pembangunan perlu dirancang secara bertanggungjawab dengan mengambil kira kesan ke atas alam sekitar, khususnya projek yang diwajibkan menjalani Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Katanya, pendekatan berkenaan selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang menggariskan kepentingan mengimbangi pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pemeliharaan alam sekitar.

“Premier Sarawak memberi penekanan ketiga-tiga perkara ini dalam PCDS 2030 kerana pembangunan tidak seharusnya hanya berasaskan kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata.

“Sebaliknya, setiap projek perlu memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan pada masa yang sama memenuhi semua keperluan serta prosedur alam sekitar yang ditetapkan NREB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Dalam Penjagaan Alam Sekitar Ke Arah Pembangunan Mampan di Kompleks Industri Perabot Pusaka Tanjung Manis (KIPPTM), di sini, hari ini.

Menurutnya, pembangunan yang mempunyai nilai ekonomi perlu membawa pulangan kepada rakyat, manakala projek yang dilaksanakan untuk kepentingan masyarakat juga hendaklah mengambil kira kesan ke atas alam sekitar sejak peringkat perancangan.
Keseimbangan ketiga-tiga elemen ini penting bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati masyarakat tanpa mengorbankan sumber alam semula jadi yang menjadi aset penting Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU