ARTIKEL

Nuel disatukan dengan Esmeer

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON dan Juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, kini menikmati fasa baharu dalam kehidupannya selepas sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dalam majlis akad nikah di Kelab Golf Sarawak pada 25 Julai lalu.

Dengan sekali lafaz, Nurel, 24, disatukan dengan Esmeer dalam majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.

Mengimbau kembali detik sebelum bergelar isteri, Nurel berkata, perasaan gementar menyelubungi dirinya sejak seminggu sebelum majlis berlangsung kerana memikirkan pelbagai persiapan, termasuk kehadiran keluarga dan rakanrakan dari Semenanjung.

“Sejak minggu lalu saya berasa gementar.

Dengan persiapan majlis, kehadiran rakan-rakan dan keluarga dari Semenanjung, semua itu membuatkan saya risau serta tertanya-tanya sama ada mereka okey atau tidak.

“Namun, syukur Alhamdulillah, sejurus selesai akad nikah, saya dapat bertemu semua tetamu dan majlis juga berjalan lancar,” katanya memetik laporan media tempatan.

Majlis yang bertemakan English Wedding itu turut menyaksikan Nurel tampil anggun mengenakan busana tajaan penuh daripada HeetamPuteh dan Sejiwa by The Gown Atelier.

Berkongsi mengenai insan yang kini bergelar suaminya, Nurel berkata, kesungguhan Esmeer untuk memperisterikannya menjadi antara perkara yang menguatkan keyakinannya memilih lelaki itu sebagai teman hidup.

Menurutnya, Esmeer menunjukkan kesungguhan sejak awal perhubungan apabila tidak teragak-agak bertemu keluarganya selepas mendapat restu.

“Esmeer menunjukkan kesungguhan untuk menjadikan saya isterinya.

“Dia tidak teragak-agak untuk bertemu keluarga dan terus merancang segala-galanya selepas keluarga saya memberikan lampu hijau,” ujarnya.

Tambah Nurel, kematangan yang dimiliki Esmeer turut memenuhi kriteria pasangan hidup yang selama ini diimpikannya.

Bagi anak jati Sarawak itu, sokongan dan kefahaman yang diberikan suaminya menjadi perkara penting dalam meneruskan kehidupan baharu, terutama apabila beliau masih aktif dalam bidang seni.

Selepas bergelar isteri, Nurel mengakui teruja untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu tanpa mengetepikan kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya bersyukur kerana sekarang saya sudah menjadi seorang isteri.

Perkara yang paling saya teruja ialah menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai seorang isteri dan pelakon pada masa yang sama.

“Esmeer juga tidak pernah menghalang saya daripada terus berkarya dan menjadi pelakon.

InsyaAllah, saya sentiasa percaya kepada rezeki Allah dan rezeki selepas berkahwin,” kongsinya.

Majlis pernikahan itu disempurnakan dengan mas kahwin berupa wang tunai RM300.

Terdahulu, Nurel berkongsi foto majlis merisik bersama Esmeer pada awal Julai lalu sebelum pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada 25 Julai.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha