ARTIKEL

NUKILAN MUSTAFFA SIRAJ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUSTAFFA SIRAJ penulis kelahiran Johor ini menulis sejak 1983. 

Karyanya tersiar di akhbar Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Sinar Harian dan pelbagai majalah Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Kumpulan puisi beliau ialah Sejalur Restu, Tinta Kencana dan Mercu Gemerlap.

Buku umum beliau ialah Tokoh Islam Inspirasi Ummah, Kembara Di bumi Allah dan Kisah Ibrah Penjana Ummah. 

MENAPAK DI BUMI KENYALANG

Betapa syahdu terasa

mudik di Sungai Sarawak

tidak sempit di permukaan

saksi kemajmukan negeri

sarat sejuta rona

mengundang keasyikan wisata.

Taman Budaya nan indah

paparan saujana dimensi

warisan seni dan ketinggian estetika

Mulu Lambir dan Niah

jutaan tahun menghimpun legasi

dambaan berjuta warga.

Batu Pahat

Johor

DI PERMATANG BUDI

Menapak di permatang budi

melihat jerih petani 

bermandi keringat kasturi

berbakti pada bumi

dengan iltizam murni

demi keluarga tercinta.

Tiada keluh kesah

menabur benih dedikasi

membaja pepohon rezeki

memohon doa kudus

agar berbilang laba

merimbun kuntum sejahtera.

PPJ Batu Pahat

MENGANGKAT WARISAN LELUHUR

Sering kali kita berbantah

atas batas hukum dan aturan

adakah sanggup menolak adat

pusaka junjungan zaman bahari

atau berpaksi pada syariat dan sunnah

menggenggam pedoman suci

mencari reda Ilahi.

Pastinya kita tatang dan kendong

amanat Rabbul Jalil

bekalan murni gapura iman

tanpa meminggirkan warisan murni

agar tegak nusa berperibadi

menjulang misi sejahtera 

Batu Pahat.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil