ARTIKEL

Nukilan YUSUF MUSTANIR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IQRAH

Iqrah

baca

segalanya bermula

Iqrah

huruf bersatu

terbentuk kata

iqrah

kata itu kunci ilmu

iqrah

beraneka ilmu

alam roh sehingga alam semesta

semuanya bermula dengan iqrah

tanpa iqrah

lautan ilmu

terlalu jauh didekati diterokai

iqrah kunci penerokaan ilmu

iqrah itu kunci sebuah tamadun

Universiti Pertanian Malaysia

Serdang, Selangor

Kuteruskan buruan tanpa jemu

tiada terasa berburu di rimba ilmu

seribu satu perangkap waktu

kuleraikan satu demi satu seikhlas kalbu

akal fikirku cuai sedetik waktu

setiap langkah sasaranku satu

memburu ilmu di rimba ilmu

menghimpunkan ilmu semampu kalbu

di setiap penjuru dan menara ilmu

setiap sisi ilmu itu

sesungguhnya penentu mundur maju

sesebuah tamadun setiap persada waktu

Universiti Malaya

Lembah Pantai 

Janji Ayah

Kugagahi langkah ini

bagaikan mimpi

Cambridge

janji ayahku

kau bakal milikku

janji aku rajin menimba ilmu

janji aku rajin membaca

terlalu jauh impian ayah

mendepani garisan bangsa

ayahku sedar

membaca dan memburu ilmu

jika cendiakawan itu impian kita

sedihnya ayah pergi terlalu awal

tanpa berpeluang menyaksikan aku

akhirnya di sini

Cambridge

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu