ARTIKEL

Nur Azhar angkat sumpah Setiausaha DUN Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peguam Kanan Negeri Sarawak Nur Azhar Bujang hari ini mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

DUN Sarawak dalam kenyataan memaklumkan upacara mengangkat sumpah tersebut diadakan di hadapan Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Nur Azhar, 39, menggantikan Pele Peter Tinggom yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 5 Mac lalu.


Menurut kenyataan itu, Nur Azhar berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang pada 2009 dan Sarjana Muda Undang-Undang pada 2010 daripada Universiti Teknologi MARA.

Beliau memulakan kerjayanya di sektor swasta, Kuala Lumpur sebelum kembali ke Sarawak untuk menyertai perkhidmatan awam negeri sebagai Pegawai Undang-Undang di Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak.

“Anak kelahiran Kuching itu kemudiannya meneruskan pengajiannya dalam ljazah Sarjana Undang-Undang dalam Harta Intelek dan Ekonomi Digital di University of Glasgow, Scotland.

“Beliau merupakan seorang daripada barisan peguam di dalam kes berprofil tinggi mewakili kerajaan Sarawak termasuk dalam kes antara Petronas dan Kerajaan Sarawak,” menurut kenyataan itu.
Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan