ARTIKEL

Nukilan Abizai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERAHU, LAUTAN DAN MUTIARA IDAMAN

Kauharus mengenal resam tukang

dan tabiat kayu

untuk membina perahu seimbang tidak mudah beroleng

diacah nakal gelombang.

Redahlah lautan

yang kemas melitup simpan

rahsia kejadian kehidupan

agar dapat kautangkap tajam

helah dan dusta alam permukaan.

Kemudian menyelam ke dasar terdalam

menyerap deras arus dan tekanan

tanpa meluncur dengus keluhan

kerana hanya penyelam tulus

mampu lulus ke lubuk taman tiram

memetik mutiara idaman.

Miri, Sarawak.

Disember 2022.

MEMBACA DAN MERASA (2)

Kau membaca
lalu menghukum
tidak merasa

mengaku maklum.

Kaukatakan pahit
tanpa menelan biarpun sedikit
telahanmu menjalar di alam kulit
tiada mengenal zat buah yang sulit.

Miri, Sarawak
Jun 2022.

Zainal Abidin Suhaili atau nama penanya Abizai dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 19 Disember 1966.

Mula menulis sejak awal 1980-an dalam bidang puisi, cerpen dan rencana sastera. Beliau menghasilkan 12 kumpulan puisi dan sebuah kumpulan esei.

Beliau bergiat aktif dalam Persatuan Penulis Utara Sarawak (Putera) dan kini memegang jawatan Ketua I.

Abizai pernah memenangi pelbagai anugerah dan hadiah sastera pada peringkat negeri, kebangsaan dan serantau antaranya Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Penulis Sarawak, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Selangor, Anugerah SEA Write Award 2017, Anugerah Penyair GAPENA 2018 dan Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak 2020.

BERITA LAIN

Alam sajak dalam sajak

PENYAIR dan sajak tidak dapat dipisahkan. Penyair umpama seorang ibu yang menghamilkan benih idea dan ilham sebelum melahirkan sesebuah sajak dan mencintainya seperti anak kandungnya

Selamat Hari Pekerja, Kaki dan Tangan

SHIELD SAHRAN berasal dari Kuching, Sarawak. Melibatkan diri dengan penulisan cerpen dan seterusnya sajak dan novel. Mula menceburkan diri dalam penulisan di akhbar tempatan pada

Isteri aku, namanya Diam

JONG CHIAN LAI AKU, punyai tujuh perasaan dan satu akal. Kerana tujuh perasaan itu, aku menjadi gadis gelandangan. Yang merayau di tepi jalan beralaskan selipar

Selamat tinggal, perempuan berambut putih

CLAYTON ROBERT bertugas Sebagai Pembantu Penguat Kuasa di Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak. Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia,

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

BERITA TERBARU