ARTIKEL

RINDU DIBALUT LUKA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

“BILA awak nak berubah, Amran? Asyik datang lambat saja!” Suara lembut Cikgu Zuraida akhirnya meletus, memetir lantang di sebalik wajah tenangnya.

“Saya bangun lambat, cikgu,” jawab Amran berSaha-ja, senyumnya tidak lekang, bagai tiada gelora dalam hati.

“Itu saja alasan awak yang paling populer. Bangun lambatlah, tertidur lepas solatlah, dan macam-macam lagi. Berubahlah, Amran. Awak nak ambil SPM tahun ini. Saya penat nak backup awak setiap kali pengetua tanya,” bebel Cikgu Zuraida, separuh keluhan, separuh kecewa.

Amran tersenyum lagi. Kepalanya dijatuhkan sedikit, sekadar tunduk hormat. Tanpa sepatah kata, dia melangkah masuk ke kawasan sekolah. Langkahnya malas, namun ada ritma yang pelik seakan teratur dalam kekacauan.

Cikgu Zuraida menggeleng perlahan. “Satu hari tak buat perangai, tak sah gamaknya,” gumamnya sendiri.

Namun jauh di sudut hatinya, tersembunyi rasa kagum yang tidak pernah mampu dihapuskan. Amran bukan pelajar sembarangan. Dia antara pelajar yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Bijak, tetapi liar. Pandai, tetapi penuh muslihat kecil yang menyakitkan kepala. Hampir tertanggal jantung pengetua setiap kali melihat laporan daripada guru-guru lain tentang kenakalannya di sekolah.

Bagi Cikgu Zuraida, Amran tidak jahat seperti yang digembar-gembur oleh guru dan pelajar-pelajar lain. Dia cuma… nakal. Nakal sebagai seorang anak yang belum mati, belum kenal erti kehidupan sebenar.

Amran kerap hadir lambat ke sekolah. Dia suka melepak di belakang kantin, menyakat pelajar perempuan dengan ayat-ayat nakal yang mencuci hati atau menyakitkan jiwa. Di dalam kelas pula, dia kerap dimarahi oleh guru dek tidak membawa buku, kerana tidur dalam kelas, kerana jawab soalan acuh tak acuh.

Namun hari itu, selepas waktu persekolahan berakhir, Cikgu Zuraida memanggil Rahim, kawan sekelas Amran.

“Awak tahu kenapa Amran jadi begitu? Awak kan rapat dengan dia,” tanya Cikgu Zuraida, matanya mencari jawapan yang tidak sempat dijelaskan oleh akal dewasa. Rasa ingin tahunya semakin meninggi.

Rahim menghela nafas perlahan. “Dia tiada kawan, cikgu. Yang ada pun, semuanya ambil kesempatan. Sejak dia kehilangan ibu bapa dalam kemalangan tiga tahun lepas, hidup dia sebatang kara. Dia tak pernah rasa erti berteman.”

Cikgu Zuraida terDIAM. Rahim meneruskan.

“Bagi Amran, setiap kali cikgu marah dia, itu tandanya cikgu ambil berat. Buatkan dia teringat pada arwah ibu dan bapanya. Selalu tegur bila buat salah. Dia tahu dia tak sempurna. Tapi dia sanggup dimarahi supaya cikgu terus peduli.”

Rahim menyeluk poket seluarnya, mengeluarkan sehelai kertas yang dilipat rapi. “Amran suruh saya serahkan ini pada cikgu.”

Dengan hati yang bergetar, Cikgu Zuraida menyambut helaian itu. Perlahan, dia membuka lipatan kertas itu.

*Cikgu Zuraida. Saya minta maaf sebab saya selalu buat cikgu marah. Terima kasih sebab banyak tolong saya selama ini.*

*Cikgu sama macam arwah mak saya. Arwah mak saya selalu lindungi saya setiap kali saya kena rotan dengan abah. Cikgu selalu backup saya bila saya kena marah dengan pengetua. Saya tak pandai tunjuk rasa sayang, jadi saya buat cikgu marah, sebab saya tahu cikgu akan tengok saya. Saya tak pernah ada kawan. Jadi… boleh cikgu jadi kawan saya?*

Air mata Cikgu Zuraida menitis perlahan. Dalam kenakalan itu rupanya tersimpan rindu, dalam senyuman itu rupanya ada luka yang berdarah. Dan dalam setiap marahnya, ada rasa kasih yang kini baru dia benar-benar fahami.

BERITA LAIN

TEKANAN RASA

Tekanan rasa bertindih berbahasa rasa kerana beda suasana yang mahal sukar dikenal tekanan rasa penghempapan dahsyat datang dari yang tiada terbiasa lalu diwajah bercerita sedih

NYANYIAN MUSIM

Bukit-bukit sepi menjulang. Angin lemah mengembuskan nafasmu. Di rembang petang, gerimis kembali melantunkan beribu kisahku yang merepih dalam jemarimu. Kabut senja, cemara berdesir dalam dekapan

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka