ARTIKEL

NYANYIAN MUSIM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Bukit-bukit sepi menjulang.

Angin lemah mengembuskan nafasmu.

Di rembang petang, gerimis

kembali melantunkan

beribu kisahku yang merepih

dalam jemarimu.

Kabut senja, cemara berdesir dalam dekapan musim.

Doa pun menggigil di dinding waktu.

Setia melafazkan lembut namamu.

Menantimu, menantimu mengusap perihnya rindu.

Langit basah, senyap hutan sampai ke utara.

Kumandang musim mengekalkan resah:

adakah engkau menantiku

di jantung telagamu?

DIMAS ALBIYAN

(2026)

BERITA LAIN

TEKANAN RASA

Tekanan rasa bertindih berbahasa rasa kerana beda suasana yang mahal sukar dikenal tekanan rasa penghempapan dahsyat datang dari yang tiada terbiasa lalu diwajah bercerita sedih

RINDU DIBALUT LUKA

“BILA awak nak berubah, Amran? Asyik datang lambat saja!” Suara lembut Cikgu Zuraida akhirnya meletus, memetir lantang di sebalik wajah tenangnya. “Saya bangun lambat, cikgu,”

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka