ARTIKEL

Raden Sigit Witjaksono

Nusantara buka banyak peluang industri berasaskan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ibu kota baharu Indonesia iaitu Nusantara bakal membuka pintu kepada peluang transformasi yang besar bagi Sarawak dan pemegang kepentingan serantau yang lain

Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono, peluang ini melibatkan pelbagai sektor yang strategik.

“Sektor ini meliputi penjagaan kesihatan, pembinaan, pengangkutan, logistik, pembuatan, ladang kelapa sawit, pendidikan teknologi maklumat (IT), dan tenaga,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Katanya, sidang media itu diadakan susulan lawatan delegasi terbaru ke Nusantara dan Balikpapan, Kalimantan Timur, yang dianjurkan oleh konsulat bersama Kementerian Luar Negeri Indonesia yang disertai sekitar 200 wakil dari Sarawak, Kuala Lumpur, Singapura, dan China.

“Delegasi berpeluang meninjau kawasan infrastruktur utama Nusantara, yang meliputi sekitar 6,000 hektar, serta mempelajari penubuhan fasiliti seperti bangunan kerajaan, pusat penjagaan kesihatan, dan sekolah

. “Di luar kawasan teras ini, tambahan 56,000 hektar telah diperuntukkan untuk perkongsian awam-swasta dan pelaburan asing, iaitu peluang besar bagi pelabur dari Sarawak.

“Justeru, tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pemegang taruh pandangan langsung terhadap kemajuan Nusantara, sekali gus membangkitkan keyakinan terhadap potensinya,” tambah Raden Sigit.

Raden turut memaklumkan bahawa lawatan delegasi seterusnya dijadualkan pada Februari hingga Mac tahun depan, dengan jemputan kepada wakil kerajaan negeri dan persekutuan serta pemimpin perniagaan dari Sarawak

Jelasnya inisiatif ini bertujuan memastikan Sarawak terus terlibat dalam perkembangan pesat Nusantara dan meneroka lebih banyak peluang kerjasama.

Dalam pada itu, Raden mendedahkan fasa awal pembangunan Nusantara dibiayai oleh Kerajaan Indonesia yang memperuntukkan 20 peratus daripada keseluruhan bajet Nusantara yang berjumlah AS$32 bilion (lebih RM140 bilion).

Jelasnya, ia diatur dengan strategi ‘tiga bandar’, yang menggabungkan Balikpapan dan Samarinda dalam rangka kerja bandar, bertujuan memanfaatkan infrastruktur dan sumber di seluruh Kalimantan Timur, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk industri berasaskan Sarawak.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi