FATTAH AMIN sekali lagi mencuri perhatian apabila video lamanya mendendangkan lagu Rapuh kumpulan Opick tular di TikTok.
Video tersebut pada asalnya dimuat naik di YouTube enam tahun lalu, memaparkan Fattah menyampaikan lagu itu dengan penuh emosi.
Peminat dan warganet terkesan dengan persembahan Fattah, menyifatkan suaranya sesuai untuk lagu genre balada seperti Rapuh.
Nyanyian penuh perasaan itu turut mendapat pujian atas kejujuran emosi yang disampaikan, malah ada yang berharap Fattah berkolaborasi dengan penyanyi lain seperti Haqiem Rusli.
Dengan kemunculan semula video ini, ramai mengakui bakat nyanyiannya semakin menyerlah.
Fattah yang terkenal menerusi fi lem Pendekar Awang terus membuktikan versatil dirinya dalam dunia hiburan.



