ARTIKEL

Obor-obor gergasi muncul di perairan Falmounth

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

UNITED KINGDOM: Obor-obor gergasi bersaiz manusia kelihatan di perairan Falmounth, Cornwall United Kingdom pada Ahad .

Memetik laporan Daily UK seorang penyelam turut dirakam berenang dengan makhluk gergasi itu seolah-olah dalam adegan filem sains fiksyen.

Ahli biologi Lizzie Daly berkata, makhluk gergasi itu bersaiz lebih kurang dengan saiz badannya.

“Ia merupakan antara spesis obor-obor paling besar di Britain dan mempunyai diameter yang boleh membesar sehingga 90 cm dan mencapai berat 35 kilogram.

“Pada musim panas dan musim luruh, mereka biasanya berenang jauh dari perairan dan kadang kala berenang dalam satu kelompok yang besar,” tambahnya.

Sekitar Mei sahaja, ribuan obor-obor gergasi ini boleh disaksikan di sekitar pelabuhan Torquay.

Malah pengunjung pantai turut menggelarnya sebagai ‘makhluk asing yang sedang mendarat di kawasan perairan’.

Paula William, 45, berkata dia melihat obor-obor itu berenang di kawasan perlabuhan dan sepanjang tembok batu.

“Mungkin dalam ribuan, seumur hidup saya tidak pernah melihat obor-obor gergasi sebanyak itu,” katanya.

YouTube player

 

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha