ARTIKEL

Kakitangan OCI TerraSus memeriksa rod polisilikon di kilang pengeluaran polisilikon di Taman Perindustrian Samalaju - Foto: OCI TerraSus

OCI Holdings Labur RM1.7 Bilion Bina Loji Pengeluaran Sel Baharu di AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: OCI Holdings akan melabur RM1.7 bilion (USD265 juta) bagi membina loji pengeluaran sel solar baharu di Amerika Syarikat menerusi anak syarikatnya, Mission Solar Energy (MSE).

Pelaburan ini dibuat selepas syarikat itu mengumumkan pengembangan rantaian nilai solar mereka di negara tersebut.

Menurut satu kenyataan, OCI TerraSus akan membekalkan loji pengeluaran sel solar baharu itu dengan polihablur silikon gred solar berketulenan tinggi yang dihasilkan menggunakan tenaga hidro boleh diperbaharui di Sarawak.

Syarikat itu menyatakan bahawa OCI TerraSus, yang sebelum ini dikenali sebagai OCI M, mengendalikan loji pengeluarannya di Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu, Sarawak.

“Anak syarikat OCI Holdings ini mengkhusus dalam pengeluaran polihablur silikon gred solar berketulenan tinggi dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 35,000 metrik tan.

“Kepakarannya dalam proses pembuatan termaju memastikan ia kekal sebagai pembekal utama dalam rantaian bekalan global wafer silikon dan sel fotovoltaik,” menurut kenyataan itu.

Mengulas lanjut, OCI Holdings merancang untuk memulakan pengeluaran komersial sel solar pada separuh pertama tahun 2026, dengan pengembangan dijangka pada separuh kedua tahun tersebut.

“Dengan menghubungkan polihablur silikon OCI TerraSus dengan kemudahan pembuatan sel solar baharu ini, OCI Holdings sedang membangunkan rantaian bekalan solar yang kompetitif dan bebas daripada pengaruh China, sekali gus mengukuhkan lagi peranan Malaysia dalam pasaran tenaga bersih global,” ujar kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Pengerusi OCI Holdings, Lee WooHyun, berkata anak syarikat sel solar baharu ini akan memperkukuh kedudukan OCI Holdings di pasaran Amerika Syarikat serta meningkatkan daya saing global OCI TerraSus.

“Polihablur silikon gred solar berketulenan tinggi dari Malaysia akan menjadi asas kepada rantaian bekalan solar bersih ini, memenuhi permintaan tenaga lestari yang semakin meningkat di Amerika Syarikat dan memperkukuh peranan OCI TerraSus sebagai peneraju dalam industri solar,” katanya.

Ke hadapan, OCI TerraSus kekal komited terhadap inovasi dalam pengeluaran polihablur silikon selaras dengan permintaan tenaga solar yang terus meningkat di peringkat global.

Ini termasuk memastikan syarikat dilengkapi dengan proses pembuatan canggih, menjamin kualiti dan kecekapan terbaik, serta memperkukuh lagi peranannya sebagai pemacu utama dalam peralihan kepada tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

OCI TerraSus akan terus berusaha memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju utama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui global dengan melabur dalam teknologi terkini serta memanfaatkan kelebihan strategik Sarawak dan Malaysia, termasuk sokongan kerajaan yang kukuh, modal insan berkemahiran tinggi, infrastruktur mantap, serta sumber tenaga mampan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan