ARTIKEL

OIC kutuk keganasan komuniti Islam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam keganasan anti-Islam yang berlaku di beberapa tempat di India dan menggesa pihak berkuasa menghukum mereka yang menyasarkan komuniti itu.

“Amat membimbangkan berlakunya keganasan dan vandalisme yang menyasarkan komuniti Islam di beberapa negeri di India semasa perarakan Ram Navami termasuk tindakan membakar madrasah dan perpustakaan oleh kumpulan pelampau Hindu di Bihar Sharif pada 31 Mac 2023,” menurut OIC.

Menurut pertubuhan 57 anggota itu, ia jelas memperlihatkan peningkatan Islamofobia.

Sekumpulan perusuh bertindak ganas semasa perarakan di bandar Bihar Sharif, kira-kira 70 kilometer dari Patna, ibu negeri Bihar untuk meraikan perayaan Hindu Ram Navami dengan membakar Madrasah Azizia yang berusia 110 tahun dan perpustakaan yang menempatkan 4,500 buku, menurut saksi.

Sejak beberapa hari lalu, insiden keganasan terhadap komuniti Islam dilaporkan berlaku termasuk di Bihar, Karnataka, Maharashtra, Benggala Barat dan Uttar Pradesh.

Bagaimanapun, Kerajaan India membantah kenyataan OIC itu. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat OIC hari ini berkenaan India.

Ia satu contoh pemikiran komunal dan agenda anti-India,” menurut kenyataan Kementerian Luar India pada Selasa. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha