ARTIKEL

OIC kutuk pencerobohan Ben-Gvir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel berhaluan kanan keras Itamar Ben-Gvir menceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa bersama kumpulan pendatang Israel dengan perlindungan tentera Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan, OIC mengecam tindakan mengibarkan bendera Israel dan melakukan ritual provokatif di dalam kompleks masjid itu, sambil menyifatkannya sebagai serangan terang-terangan serta provokasi sengaja terhadap perasaan umat Islam di seluruh dunia.

OIC menegaskan semula pendiriannya bahawa Israel sebagai kuasa penjajah, tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, termasuk Baitulmuqaddis Timur serta tempat suci di wilayah itu.

Pertubuhan itu menegaskan semua langkah dan tindakan Israel di Baitulmuqaddis adalah terbatal dan tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.

OIC turut menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas akibat pelanggaran berterusan di tapak suci itu dan sekali lagi menggesa masyarakat antarabangsa bertindak menghentikan usaha mengubah status geografi, demografi, sejarah dan undang-undang Baitulmuqaddis yang diduduki, khususnya membabitkan Masjid Al-Aqsa.

Kenyataan itu memberi amaran bahawa tindakan sedemikian berisiko mencetuskan lebih banyak keganasan, ketegangan dan ketidakstabilan di rantau itu serta di luar kawasan berkenaan. – Bernama-WAFA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU