ARTIKEL

KOMITMEN... Dr Richard ketika melepaskan salah satu acara pada Hari OKU Bahagian Betong 2024 di sini, semalam.

OKU berdaftar dapat banyak faedah dari kerajaan, swasta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Orang kelainan upaya (OKU) yang berdaftar ditawarkan akses kepada hampir 30 faedah sama ada, dari sektor kerajaan mahupun swasta.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Betong Datuk Dr Richard Rapu menyeru masyarakat agar membantu mendaftarkan OKU di sekeliling mereka.

“Sehingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak 691,427 OKU berdaftar di Malaysia, dengan 794 orang berada di Betong.

“OKU yang berdaftar ini ditawarkan pelbagai akses kepada kira-kira 30 faedah sama ada dari sektor kerajaan mahupun swasta.

“Oleh demikian, saya menggalakkan orang ramai membantu OKU di sekeliling mereka yang belum mendaftar, agar didaftarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari OKU Bahagian Betong 2024 di sini, semalam.

Jelasnya, objektif sambutan adalah untuk menghormati golongan OKU dan meningkatkan kesedaran tentang penyertaan mereka dalam masyarakat.

Beliau turut menegaskan kepentingan dua Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Betong dan Saratok, yang menyokong OKU dalam kalangan kanak-kanak.

“Pusat-pusat ini memainkan peranan penting dalam menyediakan pemulihan awal,” ujarnya.

Dr Richard mengakui berbangga dapat berkongsi pada sambutan ini dengan semua pihak yang terlibat dalam meningkatkan kebajikan OKU di Malaysia.

Hari OKU merupakan acara yang disambut secara global pada 3 Disember untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan kemasukan OKU dalam masyarakat.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong Abdul Shamat Kassim dan Timbalan Pengarah Politeknik METrO Betong Sarawak Emirudziati Juni turut hadir sama.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU