ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret 2 oleh polis.

OKU pendengaran dipenjara 16 bulan curi wang dari mesin ATM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencuri sejumlah wang yang dikeluarkan oleh tiga individu berbeza daripada mesin ATM dalam kejadian berasingan pada Januari dan Mac lepas.

David Ngu Chung Hieng, 41, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa isyarat di dua mahkamah berasingan.

Menurut pertuduhan pertama, David didakwa mencuri wang berjumlah RM500 milik seorang warga emas berusia 63 tahun di sebuah mesin ATM di pasar raya terkemuka, sekitar jam 2.40 petang, 18 Mac lepas.

Bagi pertuduhan kedua, David mencuri wang sebanyak RM1,500 milik seorang lelaki OKU penglihatan berusia 26 tahun di mesin ATM yang sama di King Centre, sekitar jam 12.30 tengah hari, 30 Januari lepas.

Untuk pertuduhan ketiga, dia didakwa mencuri RM1,200 milik seorang warga emas berusia 76 tahun di mesin ATM di Stutong, sekitar jam 8.30 pagi, 30 Mac lepas.
Kesemua pertuduhan tersebut dikendalikan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Ling Hui Chuan menjatuhkan hukuman penjara empat bulan untuk pertuduhan pertama, manakala Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman penjara lima bulan bagi pertuduhan kedua dan tujuh bulan penjara untuk pertuduhan ketiga.

Berdasarkan fakta kes, modus operandi tertuduh adalah dengan menyasarkan golongan OKU dan warga emas yang hendak mengeluarkan wang dari mesin ATM, dengan berpura-pura membantu mereka.

Setelah membantu mangsa mengeluarkan wang, tertuduh terus melarikan diri bersama wang tersebut.

Kesemua mangsa telah membuat laporan polis, dan tertuduh berjaya ditangkap oleh pihak polis di Jalan Chong Kiun Kong pada 4 April lalu.

Hasil siasatan kawad cam oleh ketiga-tiga mangsa menunjukkan bahawa tertuduh adalah individu yang mencuri wang mereka.

Tertuduh difahamkan mempunyai tujuh rekod lampau mengikut Akta Jenayah Komputer di Serian, dua rekod salah guna harta di Sibu, dan satu rekod lampau mencuri di Batu Kawa.

Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh diwakili Peguam Brenda Chung dan Micheal Kong.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan