ARTIKEL

Oman Kesan Objek Disyaki Periuk Api Laut Di Selat Hormuz

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Pusat Keselamatan Maritim Oman pada Sabtu memaklumkan pihaknya mengesan sebuah periuk api laut yang disyaki berada di barat zon trafik pesisir di Selat Hormuz dalam perairan wilayah Oman, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menerusi hantaran di platform X, pusat itu menyeru “semua pelaut, nelayan dan kapal supaya berwaspada sepenuhnya ketika belayar, menjauhi sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa berkaitan.”

Ketegangan serantau memuncak sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada Februari.

Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap Israel serta sekutu AS di Teluk, selain menutup Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan sebelum dilanjutkan tanpa had oleh Presiden AS Donald Trump. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU