ARTIKEL

Ombak besar, tiga nelayan terkandas lebih tiga jam selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Tiga nelayan berdepan detik cemas selepas terkandas lebih tiga jam akibat ombak besar berhampiran pantai Similajau, Taman Negara Similajau, semalam.

Insiden kira –kira jam 2.15 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa gagal melalui muara Sungai Likau pada jarak kira-kira 90 meter dari pantai.

Bomba berjaya menyelamatkan nelayan yang terkandas di pantai Similajau.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 2.20 petang sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Kita menggunakan tali penyelamat dan jaket keselamatan serta memasang sauh untuk membawa kesemua mangsa ke tepi pantai.

“Operasi turut disertai kakitangan Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) yang membantu menggerakkan bot ke jeti nelayan pantai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 6.00 petang selepas kesemua mangsa berjaya diselamatkan.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan