ARTIKEL

Mayat gelandangan di tepi stesen minyak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki warga emas dipercayai gelandangan ditemui mati di tepi sebuah stesen minyak lama di Jalan Pulau berhampiran Pasar Sentral Sibu, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Supt Collin Babat dalam satu kenyataannya berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 7.30 pagi.

Menurutnya, beberapa anggotanya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa tidak memberi sebarang tindak balas ketika berbaring di lantai simen stesen minyak terbabit “Siasatan awal kita mendapati si mati merupakan gelandangan berusia 67 tahun, berasal dari Sri Aman,” katanya.

Collin memberitahu, pegawai perubatan Hospital Sibu ketika dihubungi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Kita difahamkan mangsa mempunyai rekod kesihatan dan menghidap penyakit.

“Turut ditemui bersama-sama mayat mangsa ialah ubat-ubatan harian dan buku rekod kesihatan yang menunjukkan si mati menghidap penyakit asma dan tibi,” katanya.

Beliau menjelaskan, pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Sibu untuk prosedur bedah siasat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU