Warga emas berusia 100 tahun terima bantuan

SARIKEI: Seorang pesakit terlantar tertua berusia 100 tahun menerima sumbangan katil boleh laras daripada ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Sumbangan itu disampaikan oleh pegawai Pusat Khidmat N.45 Repok kepada Leong Fook Eng di kediamannya di Jalan Kim San di sini.

Leong uzur sejak beberapa tahun lalu dan kini keupayaannya semakin terbatas manakala segala keperluannya diuruskan oleh anggota keluarga setiap hari.

Turut menerima sumbangan Lim Ah Gim, 94, di Jalan Tai Sing di sini.

Jurucakap pusat khidmat N.45 Repok memberitahu, setakat ini, wakil rakyat berkenaan menyumbang sebanyak 56 buah katil kepada pesakit terlantar di kawasannya.

Katanya, sumbangan itu dihulurkan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan diberikan kepada mereka yang layak.

“Kita berharap sumbangan wakil rakyat ini meringankan beban penerima selain menyediakan keselesaan kepada mereka.

Melalui katil boleh laras ini, pesakit boleh diuruskan oleh anggota keluarga masing-masing dengan lebih mudah.

“Pemberian ini juga membuktikan Yang Berhormat (YB) tidak memandang ringan suara hati rakyat,” ujarnya.

Wakil pusat khidmat N.45 Repok bersama Leong Fook Eng

 

Sumbangan katil boleh laras untuk pesakit terlantar di DUN Repok diteruskan.

 

Pemberian Huang meringankan beban penerima

Suara Sarawak