ARTIKEL

Facebook JPJ Negeri Sarawak

OP HRA 2025: LEBIH 400 NOTIS SAMAN DIKELUARKAN KEPADA PEMANDU BAS – JPJ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Sebanyak 467 notis saman pelbagai kesalahan membabitkan pemandu bas dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2025 sejak 24 Mac lepas.


Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Muhammad Kifli Ma Hassan berkata daripada jumlah itu sebanyak 111 saman dikeluarkan untuk kesalahan utama, diikuti berkaitan kenderaan perkhidmatan (110), teknikal (60), lesen (46), pelesenan kenderaan (42) dan lain-lain kesalahan (98).


“Menerusi 245 penyamaran yang dijalankan, sebanyak 198 notis saman dikeluarkan kepada pemandu bas.
“Antara kesalahan dilakukan termasuklah melakukan pelanggaran etika seperti penggunaan telefon bimbit ketika memandu dan pemanduan melebihi empat jam tanpa kehadiran pemandu kedua,” katanya kepada pemberita selepas Op HRA 2025 di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini semalam.


Muhammad Kifli berkata pihaknya juga telah memeriksa 8,173 bas di 54 depoh dan 28 terminal utama di seluruh negara. -Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU