ARTIKEL

TUMPAS…PPM Sibu Tumpas Cubaan Seleweng 2,000 Liter Diesel Bernilai RM61,400.

Op Taring Landai: Cubaan seludup diesel bernilai RM61,400 gagal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup lebih 2,000 liter minyak diesel bernilai RM61,400 gagal apabila lori yang dipandunya diberkas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sibu, awal pagi Selasa.

Serbuan sekitar 6.30 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin (URM) ketika menjalankan Op Taring Landai di tepi Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu.

Menurut Komander PPM Wilayah 5 Asisten Komisioner Ab Rahman Mat, pemeriksaan menemukan sebuah tangki besi berbentuk segi empat di bahagian belakang, berisi diesel yang disyaki diseleweng.

“Pemandu lori gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran atau permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) berhubung pemilikan barang kawalan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ab Rahman, suspek ditahan untuk diambil keterangan di bawahAkta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana memiliki dan membawa barang kawalan tanpa permit atau kebenaran khas.

Kes tersebut katanya, diserahkan kepada KPDN Sibu untuk siasatan lanjut selepas proses dokumentasi selesai dijalankan Unit Risikan Marin.

“Di bawah Seksyen 21 akta sama, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara, denda, atau kedua-duanya sekali,” ujar beliau lagi.

PPM mengingatkan orang ramai bahawa penyelewengan barang kawalan seperti minyak diesel bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah memberi kesan kepada bekalan dan harga pasaran bahan bakar.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU