ARTIKEL

Foto: Bernama

OpenAI lancar ChatGPT-5

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAN JOSE, CALIFORNIA: Pembangun ChatGPT, OpenAI, melancarkan generasi terbaharu perisian mereka dalam persaingan antara syarikat kecerdasan buatan (AI), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“GPT-5 merupakan lonjakan besar dari segi kecerdasan berbanding semua model kami sebelum ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman dalam kenyataan pada Khamis.

Versi terdahulu, GPT-4, berupaya berkomunikasi pada tahap setaraf pelajar universiti. GPT-5 pula, menurut Altman, diibaratkan seperti pakar dalam sebarang bidang dengan kelayakan PhD.

Perkhidmatan ChatGPT juga akan menggunakan GPT-5 untuk versi percuma pada masa hadapan.

OpenAI memberi penekanan khusus bahawa generasi baharu ini sangat mahir dalam pengaturcaraan perisian.

Sebagai contoh, syarikat itu mempamerkan bagaimana GPT-5 dapat membina beberapa variasi aplikasi web untuk latihan kosa kata hanya berdasarkan penerangan fungsi.

Altman berkata era GPT-5 akan dicirikan dengan keupayaan mencipta “perisian mengikut permintaan”.

Fenomena AI bermula dengan pelancaran ChatGPT pada akhir 2022.

Menurut OpenAI, ChatGPT kini mempunyai hampir 700 juta pengguna mingguan.

Selain OpenAI, syarikat lain seperti Anthropic, xAI milik Elon Musk, serta gergasi teknologi Google dan Meta turut bersaing menjadi peneraju AI.

Sementara itu, Microsoft bekerjasama dengan OpenAI dan mengumumkan akan mengintegrasikan GPT-5 ke dalam produknya.— BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU