Operasi ACD bakal dilaksanakan di Kampung Tabuan, Kuching

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan membuat operasi pengesanan kes aktif (ACD) di Kampung Tabuan di sini.

Perkara itu diberitahu oleh Sekretariat JPBN melalui satu kenyataan semalam.

Tambahnya, operasi itu dilakukan bagi meningkatkan pengesanan kes kontak rapat di kawasan tersebut.

Terdahulu, operasi ACD dilakukan di Taman Desa Ilmu dan Uni Garden di Kota Samarahan yang dilanjutkan sehingga 3 Mei nanti berbanding rancangan asal selama tiga hari bermula 28 April lalu.

Mengulas mengenai kes terkini Covid-19 di Sarawak, JPBN berkata, terdapat dua kes positif direkodkan hari ini.

“Kedua-dua kes tersebut berlaku di Kuching.

“Sementara itu, sebanyak 33 kes dilaporkan sembuh dan discaj daripada hospital,” ujarnya.