ARTIKEL

OPERASI…Sekitar operasi bersepadu dijalankan di Jalan Pujut, di sini malam tadi.

Operasi Bersepadu di Miri: Tujuh Individu Positif Bahan Terlarang, 16 Kenderaan Disita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tujuh daripada 20 individu yang menjalani saringan dalam operasi bersepadu di Jalan Pujut, di sini malam tadi, didapati positif bahan terlarang.

Operasi yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu turut menyaksikan 16 kenderaan disita daripada 501 kenderaan yang diperiksa.

Berdasarkan kenyataan JPJ Sarawak, daripada jumlah kenderaan yang disita, 10 daripadanya membabitkan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans tamat tempoh, manakala dua lagi disita kerana pengubahsuaian secara ekstrem.

“Empat kenderaan selebihnya disita kerana dipandu warga asing tanpa lesen memandu yang sah,” kata kenyataan itu.

Dalam operasi sama kata kenyataan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Miri mengeluarkan 57 notis saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Antara kesalahan yang dikesan kata JPJ Sarawak termasuk tidak memiliki lesen memandu yang sah, lesen memandu tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang keledar serta pelbagai kesalahan teknikal kenderaan.

“JIM Miri menahan seorang individu yang didapati tidak membawa dokumen pengenalan diri ketika pemeriksaan dijalankan.

“Tindakan lanjut kesalahan yang dikesan diambil oleh agensi masing-masing mengikut bidang kuasa yang ditetapkan.

“Operasi bersepadu di Jalan Pujut, menghala ke pusat bandar Miri itu dilaksanakan bagi meningkatkan pematuhan undang-undang jalan raya, membanteras penyalahgunaan dadah serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara,” jelas kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU