ARTIKEL

Sekitar Operasi Bersepadu Motosikal di Jalan Pusa-Beladin, Jambatan Batang Saribas Satu dan Jalan Pusa–Kaba, malam tadi.

Operasi Bersepadu Motosikal: 40 kenderaan diperiksa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Sebanyak 58 tindakan penguatkuasaan undang-undang diambil pada Operasi Bersepadu Motosikal yang dijalankan di tiga lokasi sekitar Pusa dan Beladin, malam tadi.

Dalam satu kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong, operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Betong dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Betong memeriksa 40 kenderaan dan 42 individu.

“Hasil pemeriksaan, 11 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, terdiri daripada enam tidak memakai topi keledar, dua tiada lesen memandu, masing-masing satu tiada cermin sisi, ubah suai ekzos dan kesalahan hon.

“JPJ pula mengeluarkan 47 notis pelbagai kesalahan seperti 40 notis saman P.22, satu notis P.23, tiga notis larangan penggunaan kenderaan (PG.1) serta tiga notis arah periksa di bawah Seksyen 61(1).⁣

“Secara keseluruhan, sebanyak 58 tindakan penguatkuasaan diambil sepanjang empat jam operasi di Jalan Pusa-Beladin, Jambatan Batang Saribas Satu dan Jalan Pusa–Kaba,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan, rampasan atau sitaan kenderaan direkodkan sepanjang operasi.

Operasi dilaksanakan bagi membanteras kegiatan samseng jalanan serta memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang demi keselamatan komuniti setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU