ARTIKEL

Setiausaha Negara AS Marco Rubio. - Bernama

Operasi Ketenteraan AS Terhadap Iran “Sudah Berakhir” – Rubio

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran telah berakhir, kata Setiausaha Negara Marco Rubio pada Selasa, ketika Washington mengalihkan tumpuan kepada usaha membuka semula Selat Hormuz bagi perkapalan dan perdagangan minyak global, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Operasi itu sudah berakhir. Epic Fury, seperti dimaklumkan presiden kepada Kongres, kami telah selesai dengan fasa itu,” kata Rubio kepada pemberita dalam sidang media di Rumah Putih.

Rubio berkata AS telah mencapai objektif operasi itu dan kini beralih kepada “Project Freedom” yang bertujuan membuka semula Selat Hormuz, laluan utama bagi perdagangan minyak global kepada trafik perkapalan.

Presiden AS Donald Trump mengisytiharkan permusuhan terhadap Iran telah berakhir dalam surat kepada Kongres pada Jumaat.

Surat itu menyatakan tiada pertempuran berlaku antara kedua-dua negara sejak gencatan senjata bermula pada 7 April lepas. “Permusuhan yang bermula pada 28 Februari 2026 telah ditamatkan,” menurut surat itu, merujuk kepada hari AS melancarkan “Operation Epic Fury.”

Rubio juga berkata AS terus meneroka kemungkinan laluan diplomatik dalam perang Iran. Utusan khas AS Steve Witkoff dan menantu Trump, Jared Kushner, sedang berusaha “bersungguh-sungguh” dalam usaha itu, katanya.

Beliau berkata jika terdapat laluan diplomatik yang benar-benar berkesan, ia boleh membawa Iran “ke arah pembinaan semula, kemakmuran dan kestabilan, serta tidak lagi menjadi ancaman kepada dunia.”
— BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha