ARTIKEL

Operasi nyah cemar di pusat kuaratin Hotel Parkcity Everly hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Operasi nyah cemar bagi mengekang penularan COVID-19 diteruskan hari ini dengan tumpuan kepada pusat kuarantin di Hotel Parkcity Everly di sini.

Operasi membabitkan lima kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia, sepuluh petugas BDA dan tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu itu diketuai Komander Operasi TPgB 1 Christus ak Buson.

Operasi meliputi tingkat tiga hingga tujuh hotel berkenaan, mulai jam 1.30 petang semalam dan berakhir sejam kemudian.

Operasi nyah cemar menggunakan kaedah penyemburan “Mist Blower dan Spray Manual” dengan medium penyemburan ialah kandungan berupa campuran air dan peluntur (Clorox) dengan nisbah sukatan 1:9.

Hotel ParkCity Everly Bintulu dijadikan sebagai pusat kuarantin wabak Covid-19 bagi menempatkan pesakit dalam pemantauan (PUS – Person Under Surveillance).

Dalam tempoh kuarantin, pesakit tidak dibenarkan ke mana-mana termasuk hospital selain tidak boleh bercampur atau bergaul dengan individu lain termasuk keluarga.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU