ARTIKEL

MUHAMMAD RAIS (dua kanan) dilihat berbincang sesuatu dengan anggotanya semasa Op Kejatau II di sini, hari ini.

Operasi padam kebakaran belukar Jalan Ketajau tamat selepas 148 jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Operasi memadam kebakaran belukar di Jalan Kejatau yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 80 hektar ditamatkan pada 12.10 tengah hari tadi, selepas 148 jam operasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman), Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, Op Kejatau II memasuki hari ketujuh (hari ini) selepas kebakaran dilaporkan berlaku pada 10 Ogos lalu.

PEMANTAUAN di kawasan kebakaran melalui dron oleh JAS. FOTO JAS.

“Pada 12.10 tengah hari, Op Kejatau II secara rasmi ditamatkan selepas kebakaran belukar di Jalan Kejatau membabitkan kawasan kira-kira 80 hektar padam sepenuhnya.

“Secara keseluruhan, operasi pemadaman mengambil masa 148 jam dan membabitkan pelbagai agensi yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

SALAH seorang anggota bomba yang masih menyembur air di kawasan kebakaran.

Menurutnya, operasi berkenaan membabitkan 35 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, Betong dan Saratok.

“Pasukan operasi turut dibantu enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), lima wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama empat jengkaut, empat kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta tiga pekerja ladang.

PASUKAN pemadam menggunakan teknik memadam secara pengisian keseluruhan dan secara terus.

“Dari segi logistik pula, kita menggunakan lima pam angkut, sebuah lori tangki, tiga kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori,” ujarnya.

Mengulas cabaran sepanjang operasi, Muhammad Rais berkata, kekurangan sumber air di kawasan kebakaran menjadi antara cabaran utama yang dihadapi pasukan pemadam.

PASUKAN pemadam menggunakan teknik memadam secara pengisian keseluruhan dan secara terus.

“Air parit sangat kurang, ditambah pula dengan faktor cuaca seperti angin kencang yang menyebabkan api merebak dengan lebih cepat.

“Keadaan tanah gambut turut menyukarkan usaha pemadaman kerana api boleh merebak di bawah permukaan tanah,” katanya lagi.

KEADAAN peringkat awal kebakaran belukar di Jalan Kejatau, tempoh hari.

Beliau menambah, bagi menangani keadaan itu, pasukan operasi menggunakan beberapa kaedah pemadaman, termasuk pemadaman secara pengisian keseluruhan (total flooding) dan pemadaman secara terus (direct attack).

“Kaedah ini digunakan mengikut keadaan dan kesesuaian kawasan bagi memastikan api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

KEADAAN peringkat awal kebakaran belukar di Jalan Kejatau, tempoh hari.

Tambahnya, hujan yang turun pada petang Sabtu turut membantu pasukan operasi dalam usaha memadam dan menyejukkan kawasan kebakaran.

Dengan penamatan Op Kejatau II, pemantauan terhadap kawasan terbabit akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi kebakaran atau titik panas yang kembali aktif.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i