ARTIKEL

Lukanisman

Operasi Perkhidmatan Doktor Udara wajar dinilai semula – Lukanisman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tragedi yang meragut nyawa lima petugas ketika menjalankan tugas di kawasan pedalaman baru-baru ini wajar menjadi titik tolak penilaian semula operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) termasuk penggunaan aset helikopter dan pesawat sayap tetap (fixed-wing).

Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, semakan ini perlu bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat pedalaman dapat diteruskan melalui kaedah yang lebih selamat dan bersesuaian dengan keadaan setempat.

Beliau berkata demikian susulan keputusan menghentikan sementara operasi FDS ke 84 lokasi bagi memberi ruang kepada pasukan berkenaan menangani trauma susulan tragedi tersebut.

Bagaimanapun katanya, keputusan berkenaan dijangka memberi kesan ke atas penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada komuniti yang berada jauh di kawasan pedalaman.

“Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah membuat semakan lokasi dan laluan perhubungan ke kawasan berkenaan serta menyediakan alternatif perjalanan melalui jalan darat walaupun berdepan keadaan jalan yang kurang baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Lukanisman berkata, semakan menyeluruh spesifikasi aset juga perlu dilakukan, khususnya membabitkan penggunaan helikopter dan pesawat sayap tetap (fixed-wing) bagi memastikan kaedah penyampaian perkhidmatan kesihatan ke kawasan pedalaman dapat dilaksanakan dengan mengambil kira aspek keselamatan dan keperluan setempat.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu elaun menaiki helikopter sebanyak RM30 turut perlu diberikan perhatian serius kerana perkara itu sudah lama dibangkitkan.

Dalam pada itu, Lukanisman berkata, kebajikan petugas serta keluarga mangsa perlu diberikan keutamaan, termasuk memastikan urusan keluarga mangsa terjamin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar