ARTIKEL

SAR…Operasi SAR Denickles diteruskan seawal jam 8 pagi tadi.

Operasi SAR Denickles masuk hari kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemuda yang dikhuatiri lemas di Sungai Skrang dekat sini memasuki hari kedua hari ini dengan kerjasama antara pasukan penyelamat dan penduduk tempatan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Abang Muhammad Fhazil Abang Abdul Manaf berkata mangsa, Denickles Lesen, 20, hilang petang semalam selepas bot laju yang diuji karam di Sungai Skrang.

SAR…Operasi SAR Denickles diteruskan seawal jam 8 pagi tadi.

“Saksi menyatakan mangsa sempat terkapai-kapai sebelum hilang daripada pandangan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah usaha hari kedua bermula seawal 7.30 pagi dengan Unit K9 menggerakkan anjing pengesan Bella untuk menelusuri kawasan sungai yang berbatu dan sukar dilalui.

Katanya pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memastikan pencarian menyeluruh, iaitu pasukan JBPM dan Polis Diraja Malaysia menelusuri hulu sungai, manakala anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bersama penduduk kampung bergerak ke hilir.

“Setiap pasukan diberikan radius pencarian dua kilometer dan bekerjasama rapat untuk meliputi semua kawasan berpotensi.

“Operasi turut dibantu lima bot milik penduduk tempatan dan sebuah bot bagi setiap agensi terlibat. Setakat ini, mangsa masih belum ditemui,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU