ARTIKEL

Operasi SAR Minu Khien akan diambil alih oleh SFC.

Operasi SAR Minu Khien diambil alih SFC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Minu Khien, wanita berusia 76 tahun yang dipercayai dibaham buaya di Sungai Rayu, Lundu pada Rabu lalu ditamatkan hari ini.

Komander Operasi, TPgB II Latif Iring berkata, operasi yang memasuki hari ketujuh ditamatkan setelah gagal menemukan sebarang petunjuk.

“Operasi akan diambil alih oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC),” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Latif menambah, operasi yang dimulakan pada jam 11 pagi dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bersama-sama dengan seekor anjing pengesan keluar rondaan di sekitar Sungai Rayu.

Operasi itu katanya, disertai anggota Angkatan Pertahan Awam (APM), SFC dan penduduk kampung.

“Bagaimanapun, operasi yang dijalankan hingga jam 5 ptg masih gagal menemui sebarang petunjuk dan ditamatkan hari ini,” katanya.

Pada Rabu lalu, pasukan bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.55 petang itu dan mengerahkan pasukan BBP Petra Jaya ke lokasi.

Setibanya pasukan di sana, kakitangan bomba bersama pihak kampung membuat pencarian awal menggunakan bot penduduk di sekitar kawasan dipercayai lokasi serangan.

Sementara itu, menurut laporan, Minu Khien dilaporkan keluar bersama anak saudaranya, Jimmy di kawasan Sungai Rayu untuk mencari lokan pada jam 8 pagi.

Berdasarkan keterangan Jimmy, kemungkinan mangsa telah dibaham buaya kerana terdapat kesan darah dan kesan tapak kaki dijumpai di kawasan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU