ARTIKEL

Pasukan SAR ketika mengangkat mayat untuk dibawa ke jeti feri Sungai Krian, hari ini.

Operasi SAR Sungai Krian berakhir selepas semua mangsa ditemui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Tiga mayat warga Indonesia yang terlibat dalam insiden bot karam berhampiran tapak pembinaan Jambatan Sungai Krian di sini lewat petang Jumaat ditemui pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, kesemua mangsa dikenali sebagai Karyono, Gunawan Pawadi dan Dudianto Yapani.

“Satu mayat ditemui pada 7.45 pagi di kawasan Lubok Nibong, iaitu kira-kira satu kilometer dari jeti feri Sungai Krian oleh orang awam.

“Dua lagi ditemui di kawasan hulu sungai, antara kawasan Kaba-Kupang, masing-masing pada 8.40 pagi (tiga kilometer) dan 9.30 pagi (lima kilometer) dari jeti feri.

“Kesemua mayat ditemui terapung dalam keadaan lengkap,” katanya ketika ditanya lanjut, hari ini.

Terdahulu, mayat juragan bot yang juga penduduk Kampung Pusa, Mohamad Asfar Sulaiman, 25 tahun, ditemui lebih awal pada 9.37 pagi Sabtu.

Mathew menyatakan, kesemua mayat kini berada di Unit Forensik Hospital Saratok untuk bedah siasat.

Dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan serta-merta.

Untuk rekod, insiden yang berlaku lewat Jumaat itu membabitkan sebuah perahu yang dinaiki 10 pekerja pembinaan Jambatan Sungai Krian.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih