BETONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga emas yang dilaporkan hilang di kebun dekat Rumah Jack, Pais, Skrang, di sini pada 18 Disember lepas dihentikan, hari ini.
Komander Operasi PBK I Jusmandie Jamaie berkata, operasi SAR Jijah Sanggah, 66, akan diaktifkan kelak sekirannya terdapat pertunjuk baharu.
“Setelah melalukan perbincangan bersama-sama PDRM, ahli keluarga mangsa serta agensi-agensi SAR lain, operasi SAR ditamatkan selepas hari ketujuh usaha pencarian gagal menemukan sebarang petunjuk,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu kata Jusmandie, operasi SAR hari ketujuh dimulakan pada 8.30 pagi dengan pembahagian tugas kepada dua pasukan.
Beliau berkata, pasukan pertama melakukan pencarian dalam radius 4 kilometer (km) di kawasan darat dan sungai.
“Pasukan kedua melakukan pencarian seluas 4km kawasan di Sungai Skrang. Bagaimanapun, usaha pencarian gagal menemukan petunjuk dan operasi dihentikan pada 4.15 petang,” jelasnya.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah sejak 18 Disember lepas ketika hendak pergi ke kebun.
Mangsa dikatakan tidak balik ke rumah sehingga keesokkan harinya dan operasi SAR diaktifkan sejurus menerima laporan pada hari yang sama.

