ARTIKEL

Operasi menangkap buaya di Sungai Anap, Batang Tatau akan dijalankan bermula 26 September sehingga 7 Oktober ini.

Operasi tangkap buaya di Sungai Anap 26 Sept hingga 7 Okt

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jawatankuasa Tugas Khas yang diketuai oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Tatau bersama Pejabat Daerah Tatau, akan melaksanakan operasi menangkap buaya di Sungai Anap, Batang Tatau bermula 26 September sehingga 7 Oktober ini.

SFC dalam kenyataannya berkata semua pihak diminta untuk mematuhi arahan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh operasi dijalankan.

Menurut kenyataan itu, aktiviti di sepanjang lima kilometer (km) ke hulu dan lima km ke hilir sungai dari Pasar Lama Tatau adalah dilarang untuk memastikan keselamatan dan kelancaran operasi.

Selain itu, pengambilan gambar dan penyebaran maklumat palsu juga dilarang bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang tidak diingini.

Kerjasama semua pihak, katanya, amat dihargai demi keselamatan bersama.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali