ARTIKEL

Ops Dadu: Dua wanita diberkas di Selangau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Dua wanita warga tempatan ditahan dalam Ops Dadu yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah di dua lokasi berasingan di pekan Selangau, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan pertama kira-kira pukul 2.50 petang di sebuah premis berhampiran stesen minyak Pekan Selangau membawa kepada penahanan seorang wanita berusia 34 tahun yang disyaki terlibat dalam perjudian dalam talian.

“Hasil pemeriksaan di kaunter premis menemui sebuah telefon pintar yang mengandungi laman sesawang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian. Turut dirampas wang tunai berjumlah RM105 untuk dijadikan barang kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut dan ujian saringan air kencing mendapati wanita berkenaan negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM50,000 serta penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Dalam serbuan kedua kira-kira pukul 3.40 petang di sebuah premis perniagaan serbaneka di Pasar Baru Selangau, polis menahan seorang lagi wanita tempatan berusia 34 tahun yang disyaki menjalankan aktiviti jual beli loteri awam tanpa lesen.

“Hasil pemeriksaan di kaunter premis menemukan sebuah telefon pintar yang mengandungi aplikasi dipercayai digunakan untuk urusan loteri awam tanpa lesen. Selain itu, polis turut merampas sebuah mesin pencetak, kertas putih, pensel serta wang tunai berjumlah RM92,” ujarnya.

Tambah beliau, kes kedua disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah

BERITA TERBARU