ARTIKEL

TAHAN….Warga asing ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh JIM Sarawak di Miri dan Sarikei.

Ops Sapu, Ops Mahir: 37 Warga Asing Ditahan di Miri, Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seramai 27 individu yang terdiri daripada 26 lelaki dan seorang wanita warga asing telah ditahan dalam Ops Mahir dan Ops Sapu di sekitar Miri semalam.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, operasi tersebut telah dilaksanakan melalui Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPKP) dengan kerjasama Unit Penguatkuasa Imigresen Sibu serta Unit Penguatkuasa Imigresen Miri.

Operasi itu memberi tumpuan kepada kawasan tapak pembinaan, limbungan kapal dan penempatan pekerja asing.

Kesemua yang ditahan dalam operasi tersebut gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk berada di negara ini.

Sehubungan itu, antara kesalahan yang dikesan adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta beberapa kesalahan lain mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen.

JIM Sarawak turut menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen di negeri ini sentiasa dipelihara.

Sementara itu, JIM Sarikei telah menahan 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Sapu yang dijalankan pada Selasa lalu. Operasi itu bermula pada jam 2.05 pagi hingga 3.06 pagi dengan kekuatan seramai 12 anggota Unit Penguatkuasaan.

Dalam serbuan ke atas dua premis berasingan iaitu sebuah stor simpanan barang bersebelahan Loji Rawatan Air Bayong dan sebuah rumah tidak bernombor berhampiran Jalan Sarikei Bypass, pihak imigresen telah memeriksa seramai 13 individu.

Hasil pemeriksaan mendapati 10 daripadanya iaitu sembilan lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua mereka didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Sarikei.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU